Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada pembaca budiman,

Mari kita tanya kepada diri kita,

  1. Adakah aku ada harta?
  2. Adakah aku ada hutang?
  3. Adakah aku ada orang tersayang?

Jika jawapan anda ya,renungkan sejenak,

“Siapa antara kita yang di pagi hari berani mengatakan bahawa dia akan sempat hidup hingga ke petang?”

“Siapa antara kita yang sedang berada di pejabat berani mengatakan bahawa dia akan sempat pulang untuk makan malam bersama ahli keluarga?”

“Siapa antara kita yang sedang bertunang berani mengatakan bahawa di pasti akan sempat berjabat tangan dengan Tuan Qadi tanda termeterai pernikahan?”

“Siapa antara kita yang merasa tubuh badannya sihat kerana banyak bersenam, banyak makan vitamin, berani mengatakan bahawa pasti dia boleh hidup sehingga usia 100 tahun?”

“Siapa yang antara kita begitu pasti bahawa dia akan dapat menunaikan sebarang hajat di hati sesaat lagi?”

Jawapannya…tiada siapa pun boleh memberikan kepastian itu. Namun jawapan untuk semua kepastian ini hanyalah satu yang pasti…Kita pasti MATI.”

MASYARAKAT KITA HARI INI

Sepanjang pengalaman penulis berjumpa orang ramai atau memberikan ceramah berkenaan ilmu Faraidh & Pengurusan Pusaka. Kebanyakkan dari mereka akan mengatakan :

  • “Buat apa nak sibuk-sibuk bincang, nak cerita pasal perancangan harta pusaka? Nanti kalau saya mati, waris saya tahulah macam mana nak uruskan..”
  • “Yang sibuk-sibuk nak Rancang Pusaka ni buat apa? kan Islam dah suruh kita Faraid kan harta selepas kita mati nanti…”
  • “Ha! Ni sibuk cerita pasal Perancangan Harta Pusaka tak lain tak bukan nak lari dari hukum ni!. Ni mesti nak lari dari Faraid…”

Dan mungkin banyak lagi bentuk jawapan atau alasan yang terus bermain dalam minda kita bila di sebut tentang Perancangan Harta Pusaka. Kebanyakan orang Melayu - Islam Malaysia in akan mengatakan bahawa :

“Hukum Faraid dah ada, jadi mengapa nak sibuk-sibuk rancang harta pusaka!”

Memang benar bahawa umat Islam dalam persoalan harta pusaka tidak perlu risau kerana sudah ada hukum Faraid. Tetapi kita harus SEDAR! kita harus FAHAM! berapa ramai umat Islam hari ini yang :

  • Benar-benar TAHU tentang Ilmu Faraid?
  • Benar-benar MAHIR tentang Ilmu Faraid?
  • Benar-benar LAKSANA kan pembahagian Harta Pusaka menurut yang sepatutnya mengikut Hukum Faraid?

Selalunya dalam pembahagian harta peninggalan arwah selalunya kita akan lupa tentang beberapa perkara penting sebelum dibahagikan menurut Hukum Faraid.

Apakah perkara-perkara tersebut?

FITNAH HARTA PUSAKA

Alhamdulillah! Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita diberi kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi ini dan hari ini kita diberi kesempatan bertemu serta berbicara melalui penulisan dan pembacaan, semata-mata untuk sama-sama membicarakan tanggungjawab kita terhadap agama kita. Hal sebegini perlu sangat kita saling ingat memperingati, kerana Nabi Muhammad SAW ada berpesan dalam hadisnya yang bermaksud ;

“Barangsiapa yang tidak mahu mengambil berat tentang urusan agama kami (Islam), maka sesungguhnya mereka itu bukanlah daripada kami.”
Al-hadis

Sesungguhnya, terlalu ramai umat Islam di negara kita yang masih jahil dan mengabaikan kepentingan ilmu pengurusan harta pusaka. Justeru, apabila berlakunya kematian, kita menganggap remeh perihal pengurusan harta pustaka. Natijahnya, maka kedengaranlah cerita-cerita :

1. “Tak pasal-pasal dia yang dapat harta tu…”
2. “Tak pasal-pasal dia yang dapat tanah tu…”
3. “Harta tu bukan dia punya, tapi sebab dia pandai !!!”
4. “Kesian dia tu ! Arwah bapa dia dulu orang kaya, tapi … !!!”
5. “Kesian dia kena tanggung hutang arwah…”

RUGINYA KITA !!!

Sidang pembaca budiman,

Ketahuilah sesungguhnya sehingga sekarang ini harta pusaka umat Islam yang telah beku mencecah bukan 35 Ribu.. bukan 35 juta tetapi sudah mencecah 35 Billion ringgit. Begitu juga dengan kes-kes tuntutan pusaka masih banyak yang belum dan amat sukar untuk diselesaikan. Ini antara bahana yang bakal kita terima jika menjadi sebahagian dari orang-orang yang memandang remeh ilmu penting ini.

Islam adalah agama yang sempurna !!! dan ini yang kita lagangkan. Ketahuilah ! Sesungguhnya sempurnanya Islam itu kerana Islam telah mengajar kita :

  1. Cara untuk mencari serta mengumpul harta semasa hidup di dunia.
  2. Cara bagaimana untuk menggunakan harta yang ada untuk keperluan hidup di dunia (nafkah keluarga, zakat, sedekah dan sebagainya.
  3. Dan cara untuk mempusakakan harta kepada waris-waris selepas kita meninggalkan dunia.

Malangnya, kita hanya ambil tahu cara mengumpul harta, dan cara menggunakan harta tetapi kita lupa untuk ambil tahu cara mewariskan harta kita. Akhirnya di mana kesempurnaan yang kita cari???

ADAKAH PERSOALAN INI BERMAIN DI KOTAK FIKIRAN ANDA?

1. Harta yang bagaimana dikira sebagai harta pusaka?
2. Siapakah yang layak menerima harta pusaka peninggalan saya nanti?
3. Bagaimana nisbah sebenar pembahagian harta pusaka kepada waris?
4. Bagaimana menulis wasiat?
5. Apakah instrument perancangan harta pusaka yang sesuai?
6. Dimanakah tuntutan harta pusaka boleh dibuat?
7. Hukum wang simpanan KWSP,SOCSO dan seumpamanya bagi ahli yang beragama Islam?
8. Adakah harta pusaka yang tidak ada ahli waris atau yang tidak di habis di ambil oleh ahli waris boleh di ambil oleh saudara-mara yang bukan waris?

Jika anda mempunyai persoalan seperti di atas dan masih tercari-cari jawapan, Tahniah kerana anda berada ditempat yang betul untuk menjawab semua persoalan anda dengan jelas dan nyata dengan buku karangan Ustaz Md Ghazali ini. Saya rasa anda patut memiliki panduan lengkap ini

TAJUK : 13 BILLION Pusaka Belum Dituntut
PENULIS : Ustaz Md Ghazali Ibrahim
Bilangan Muka Surat : 203 mukasurat
Harga : RM 30.00 + RM 5.00 ( kos penghantaran )

ANTARA KANDUNGAN BUKU

  1. FITNAH HARTA PUSAKA - Himpunan kisah-kisah benar berkaitan permasalahan harta pusaka yang terjadi dalam masyarakat kita.
  2. PELAJARI ILMU FARAID - Contoh pembahagian harta pusaka mengikut faraid
  3. MENGURUS HARTA PUSAKA - Apa itu harta pusaka, jenis-jenis, pengurusan, implikasi, formula 5H dalam mengurus harta pusaka, akibat pengabaian ilmu faraid
  4. Apa itu faraid?
  5. Apa itu hibah dan jenis-jenis hibah?
  6. Apa itu harta sepencarian?

Semoga melalui buku ini akan dapat memberikan jawapan kepada pertanyaan yand sebelum ini selalu bermain di fikiran anda. Iaitu KENAPA MESTI MERANCANG PUSAKA? Apa kaitan faraid dengan wasiat, hibah dan sebagainya.

Islam! Melalui Al-Quran dan As-Sunnah, telah mengajar kita cara yang terbaik untuk mewariskan harta kepada waris-waris kita.

Untuk itu, apa perlu kita tunggu lagi?
Jangan berlengah kerana MATI PASTI bakal menemui kita..
Sesungguhnya hidup di dunia ini hanya sekali,maka janganlah anda abaikan PELUANG ini…

Sekiranya anda masih mahu bertangguh sekarang, ini bermakna anda rela untuk menyusahkan waris-waris anda. Atau dengan erti kata lain, anda rela untuk menanggung dosa-dosa akibat fitnah pusaka yang anda tidak tahu kunjung sudahnya.

Miliki buku ini dan terus bertindak..Saya jamin!!!

Semasa anda masih hidup :

  1. Anda akan jimat RM300-500 kerana tidak perlu mengupah orang lain untuk mengurus penulisan surat wasiat untuk anda.
  2. Anda akan tidak perlu membayar penulis surat hibah. (Jimat sekurang-kurangnya 1% dari jumlah yang bakal dihibahkan)
  3. Anda akan tidak perlu membayar penulis surat harta sepencarian. (Jimat sekurang-kurangnya 1% dari jumlah harta sepencarian anda).
  4. Anda boleh menukar atau menambah isi kandungan pada bila-bila masa tanpa sebarang kos.
  5. Anda dapat ilmu berkaitan faraid, hibah, wasiat dan nasab dan pelbagai ilmu lagi.

Setelah anda meninggal dunia :

  1. Harta anda akan dapat diuruskan sebaik mungkin setelah anda meninggal dunia.
  2. Waris-waris anda akan dapat bahagian mereka dengan sempurna.
  3. Kebajikan waris-waris anda terjamin.
  4. Hutang-hutang anda dapat dilunaskan dalam masa terdekat.
  5. Pahala jariah anda akan sampai kepada anda semasa anda di alam barzakh.
  6. Anda dan waris-waris anda terhindar dari fitnah pusaka.

BONUS UNTUK ANDA !!!

Sediakan sendiri surat penting ini dengan panduan dalam bonus yang diberikan dalam buku ini.

  1. Draf Surat Harta Sepencarian - contoh surat harta sepencarian
  2. Draf Surat Wasiat - contoh surat wasiat
  3. Draf Surat Hibah - contoh surat hibah

Draf-draf ini disediakan khas untuk anda di dalam buku ini. Anda boleh berjimat malah boleh menyediakan sendiri surat wasiat anda !!! Dengan menggunakan draf ini anda tidak perlu mengupah orang lain untuk menguruskan pusaka anda. Berpandukan draf lengkap ini anda boleh menulis surat wasiat anda dengan hanya memasukkan maklumat yang berkaitan dengan diri anda dan perwaris anda dan seterusnya simpan ditempat yang selamat setelah anda memberitahu kepada seseorang yang dipercayai untuk mengambilnya apabila anda sudah meninggal dunia.

Sesungguhnya semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini sedang TIDUR. Dan apablila mereka MATI, barulah meraka akan terjaga(SEDAR)!”.

Riwayat Saidina Ali Karamallahu Wajhah

Dapatkan senaskah untuk anda sekarang !!!